Bekas pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini memberikan komen pedas kepada La Liga, liga yang sekarang ini beliau sendiri sertai sebagai pengurus Real Betis.

Di mana pengurus asal Chile itu melabel La Liga sebagai liga paling lembab dari kalangan liga liga utama Eropah yang lain.

Kritikan Pellegrini itu disuarakannya selepas pasukannya Real Betis terikat dengan Cadiz 1-1.

Memberikan komen tentang keputusan seri itu, Pellegrini berkata: “Kita kekurangan beberapa aspek penting. Ini yang membuatkan kita gagal mencetak sebarang gol. Kita sudah bercakap tentangnya. Cadiz adalah pasukan yang hanya bertahan dan jika kami membenarkan mereka mendahului, maka cabaran kami akan menjadi sangat besar.”

“Kami cuba mencari cara lain namun kami tak jumpa sebarang ruang untuk gol kedua.”

Seterusnya, Pellegrini menganggap pasukan seperti Cadiz telah memberikan imej buruk kepada La Liga. Dengan terlalu banyak melengahkan masa perlawanan untuk membuang masa tersebut.

“Pengadil pengadil liga kita harus melakukan lebih usaha lagi, termasuk staf teknikal serta para pemain di atas padang, maka dengan itu, kita tak akan malu dengan liga kita.”

“La Liga merupakan pertandingan yang dimainkan dengan sangat lengah sekali di Eropah.”

“Pemain akan mengambil masa selepas foul, perlawanan kerap dihentikan dan banyak aksi simulasi, ianya memalukan.”

“Perkara perkara seperti ini yang kita harus berikan perhatian.”

“Sama ada kita prihatin atau tidak, perkara perkara seperti ini akan menjejaskan aksi bola sepak kita, sebab orang datang ke stadium membayar tiket untuk menyaksikan sesuatu aksi. Namun kita tak berikan apa yang mereka mahu lihat.”

“Ini adalah liga yang paling sedikit aksi bola sepak sebenar.”

“Misalnya Cadiz, mereka hanya bertahan selepas mendahului. Ianya sangat sukar kerana mereka seringkali menghentikan perlawanan dengan pemain terbaring atas padang. 15 minit terakhir itu, memang tidak ada aksi bola sepak.”

“Tanpa ragu, kami terlepas peluang gol kami. Cadiz sangat pandai cara bermain seperti itu dan melakukannya dengan berkesan sekali.”

“Kami ada beberapa peluang gol, namun itu masih belum cukup. Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan permainan berpasukan kami.”

“Kami menjaringkan gpl daripada bola mati. Rasanya pasukan kami di landasan yang tepat. Ini adalah kehilangan 2 mata yang menyakitkan.”

“Perkara paling penting dalam musim ini adalah apabila pemain pemain utama kita kembali beraksi. Mandi, Emerson dan Sanabria masih belum beraksi. Pada masa yang sama kami mahu mendapatkan seorang lagi penyerang.”

“Saya sudah bercakap dengan Loren dan dia dia tahu sekarang ini jendela perpindahan masih terbuka.”

“Kita perlukan penggantin untuk Sanabria yang cedera, ini sangat jelas.”

Baca juga artikel

EPL: Manchester City Belasah Norwich, Jack Grealish Buka Akaun Gol

EPL: Liverpool Atasi Burnley Di Anfield, Jota Dan Mane Skor

Arteta Hairan EPL Tak Tunda Aksi Berdepan Brentford Walaupun 4 Pemain Arsenal Dikuarantin